<% id = Request.QueryString("id") %>
H o t l i n e  :  0 3-3 2 1 3  8 0 4 6  @  0 1 9 - 3 8 8 0 0 9 8   Fax : 0 3-3 2 1 3  6 5 6 3       Waktu pejabat  :  Isnin~Sabtu :  8.30 am  ~ 5.30 pm.
Bio-Asli Utama Produk Testimoni Daftar Keahli Belian Komisyen-(Affiliate) Stokis Berita Mentor SMS
Bilangan Pengunjung
Blackberry Pearl
Bermula 1/6/2006
 Login                

 

 Katalaluan  
 Masuk

Download Katalog

English Version

 Website Peribadi-Login     
. Home
. Bio-Asli Utama
. Minyak Kelapa Dara
. Produk Bio-Asli-Mesti klik
. Produk Baru !!!
. Daftar Keahlian-Free
. Belian - Bayaran
. Pos-Penghantar-Free
. Overseas Delivery Service
. Mesej Pribadi -  Baru
. Pertanyaan
. Iklan TV, Promosi
. Gambar Kilang
. No. Akaun Syarikat
INFO KESIHATAN
Jurnal/Rencana/Buku
Majalah/Akhbar/Internet

. Metabolisma dan Energi

. Pertahanan  Penyakit

. Virus dan bakteria super

. Berat Badan Ideal

. Mammary Gland Payu Dara

. Susu Ibu dan MCFA

. Kulit dan Rambut

. Pebesaran Saluran Kencing

. Sistem Pencernaan dan Zat

. Pencegahan AIDS

. Pencegah Penyakit Jantung

. Proses Penuaan,awet muda

. Resdung

. Kanser

. Luka Radikal Bebas

. Gejala Kelelahan Kronis

. Kencing Manis (Diabetes)

. Darah Tinggi

Bio-Asli
Iklan Rakan Niaga
Rakan Tani anda
Tahfiz Quran
(Kebajikan Anda)
Keahlian dibuka kepada semua : Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia dan lain-lain negara

Ingin Buat Belian Tapi...???

Tiada Internet Banking & Fax

Membeli...Cara Mudah

Guna-Telefon sahaja !!!

Buat order-Cal: 03-3213 8046

Dapatkan Kod bayaran anda

Stokis Diperlukan di Seluruh Negara

  • HIDUP SIHAT
  • KHASIAT HABBATUS SAUDA’  PADA KESIHATAN

     Berikut adalah khasiat dan keupayaan penyembuhan habbatus sauda’ secara spesifik ke atas jenis-jenis sakit dan telah dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal.  

    Kepala

    Dada

    Perut

    Pinggang-kaki

    Sakit kepala

    Radang

    Batu karang

    Gout

    Sakit gigi

    Juandice

    Batu hempedu

    Keampuhan lelaki

    Migraine

    Batuk

    Gastrik

    Melancarkan peredaran haid

    Kelemumur

    Batuk kering

    Ulser

    Mencergaskan seksual

    Kelumpuhan muka (facial palsy)

    Bronkial asthma

    Kardiak asthma

    Merawat sisitem

    Penghadaman

    Sakit puan (mestris, ophoritis, indomeferitis

    Amnesia

    Paru-paru berair

    Senggugut

     

    Pengeluar kahak (expectorant)

    Degupan jantung (palpitation)

    Memusnah organisma dlm

    Hati,limpa & buah pinggang

    Sakit tuan

    (Premature ejaculation)

    Lumpuh

    Menambah susu ibu

    Membunuh

    Parasit

    Buasir (Haemorrhoids)

    Selsema

    Merawat sistem pernafasan

    Chronic dysentry

     

    Katarak

    Cirrhosis of liver

    Cirit birit

     

    Radang gusi

    Memperbaiki kontur buah dada

    Colic

     

    Gusi berdarah

     

     

     

    Sakit telinga

     

     

     

    Mencerdaskan mental

     

     

     

      Berikut adalah khasiat dan keupayaan penyembuhan serta fungsi habbatus sauda’ secara umum pada badan manusia dan telah dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal.   

    Luka

    Cold

    Infeksi

    Kulit kering

    Psoriasis

    Eczema

    Alahan (allergies)

    Bisa lebah dan tebuan

    Gigitan anjing gila

    Gatal kulit

    Menguatkan kelenjar

    Mengelakkan barah

    Mengatasi kecacatan kulit

    Diabetes mellitus

    Anti-kulat

    Anti-bakteria

    Anti-oksidan

    Anti-radang

    Gigitan ular

    Myrmecia

    Eruptions

    Puerperal fever

    Sclerosis

    Orchitis

    Kutil (corns)

    Ketuat (warts)

    Sakit tulang (calluses)

    Bengkak (swelling)

    Masalah hempedu/hati

    (bilious ailments)

    Anti punca demam

    (Anti-pyretic)

    Sengal tulang (rheumatism)

    Menghilangkan sakit (analgesic)

    Menurunkan kadar kandungan darah

    Antihistamin aktiviti-sesuai untuk

    merawat allergik

      Habbatus sauda’ kaya dengan asid lemak poli tak tepu yang membantu mengeluarkan prostaglandin E1 yang fungsinya berkait rapat dengan perkara-perkara berikut :- 

    Memperkuat sistem imunasi

    Memperbaiki metabolisma gula

    Melindungi dinding perut

    Blood clots

    Infeksi kulit

     

     

    Jika diolah bersama antibiotic seperti streptomycin dan gentamycin habbatus sauda’ mampu merangsang seluruh aktiviti antibakteria.

     

    Jika diolah bersama erythromycin, tobramycin, doxycydine dan ampicillin habbatus sauda’ menunjukkan fungsi antibakteria yang lebih kuat sehingga mampu membunuh E-Coli, organisma pathogen seperti Candida albicans, staphylococcus dan yis.

      

    Jika diolah dengan bawang putih habbatus sauda’ berfungsi mengharmonikan kembali autoimmune disorder, dan menghalang  immune cells dari memusnahkan sel yang sehat. (Autoimmune disorder bererti keadaan dimana pesakit menderita akibat sistem tubuhnya sendiri menyerang fizikal tubuhnya.

     

    Kandungan Habbatus sauda’ terutamanya asid lemak poli tak tepu juga merangsang penambahan pengeluaran prostaglandin E1, satu unsur seakan hormon yang berfungsi sebagai penstabil kepada beberapa fungsi pada tubuh badan seperti :-

    i.     Fungsi otak

    ii.    Fungsi saraf

    iii.   Fungsi jantung

     

    ALERGI – (Contoh Resdung dan Asthma)-Testimoni

     Alergi ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sebarang  keadaan, daripada serangan bersin dan mata berair pada hari panas, sehinggalah kepada ruam merah yang gatal dan pernafasan yang berdehit selepas mengusap haiwan kesayangan atau bibir dan lidah yang bengkak serta muntah-muntah selepas memakan kacang tanah. Secara ringkas, alergi bermaksud “tindak balas berubah” , iaitu tindak balas mekanisma pertahanan badan terhadap bahan-bahan yang biasanya tidak berbahaya. Alergi yang paling kerap berlaku ialah :

         i.                    Rinitis alergi dan gatal mata (alergi konjuntivitis)

    ii.                   Asthma

    iii.                 Ruam kulit  yang gatal

    iv.                Alergi makanan

    v.                  Alergi terhadap sengatan tebuan dan lebah.

    vi.                Resdung

      BAGAIMANA ALERGI BERLAKU.

     Kejadian alergi bermula apabila sesaorang terdedah kepada sebarang alergen seperti hama rumah, haiwan peliharaan, debunga dan kulat yang mengakibatkan penghasilan antibodi alergi yang dipanggil imunoglobin E (IgE). Antibodi alergi imunoglobin (IgE) melekatkan dirinya kepada lymphocytes atau antigen yang dipanggil sel-masta. Sel masta  mengandungi histamine (sejenis protein), chemoatractants dan bahan kimia lain yang dipanggil leukotrin yang mampu mengembangkan salur darah dan mencerut otot licin (smooth muscle) yang mengelilingi laluan udara paru-paru. Sel masta yang dilekati oleh antibodi alergi imunoglobin (IgE) sebenarnya boleh ditemui pada seluruh kulit dan lapisan hidung, mulut, lidah, laluan paru-paru dan usus kecil. Ia (sel masta) yang dilekati oleh antibodi alergi imunoglobin (IgE) tadi akan pecah lalu membebaskan histamine, leukotrin dan chemoatractants yang akhirnya akan menghasilkan tindak balas alergi.  Sel masta juga akan menarik sel lain, terutamanya sel darah putih yang dipanggil eosinofil, menyebabkan radang dan kerusakan sel. Histamine dan leukotrin akan menyebabkan bersin dan rasa gatal serta bengkak pada kulit, dalam rongga paru-paru (laluan udara), dan dalam lapisan hidung. Ini menyebabkan benjolan gatal berwarna merah pada kulit, asma dan hidung tersumbat. Keadaan radang yang dirangsang oleh kehadiran eosinofil meningkatkan kepekaan lapisan hidung dan paru-paru dan menghasilkan simptom yang kronik.

     

    AKTIVITI ANTI HISTAMINE-KESAN KEPADA ALAHAN (ALERGIK/RESDUNG)-Testimoni 

     

    Histamine (hist = bererti ia terdiri dari keladak sisa (residue) histidine, sementara amine = kerana ia adalah vasoactive amine yang menyebabkan beberapa petanda  allegik (allergic symptoms) seperti radang dan pencerutan terhadap smooth muscle.

    Histamine adalah sejenis protein yang penting yang menyebabkan kesan-kesan alergik. Sementara alergik adalah disebabkan oleh tindak balas immune terhadap bahan-bahan yang kebiasaannya tidak berbahaya seperti debunga dan habuk (biasa dikenali sebagai alergen) yang akan terlekat pada lymphocytes yang disebut sebagai antigen. Antigen yang bertindak balas itu ialah sel masta (mast cell).  Sebenarnya untuk berlakunya tindak balas ini molekul antibodi alergi immunoglobulin (IgE) yang bebas terapung, akan terlekat pada penerima permukaan sel masta (mast cell surface receptors). Sel masta tersebut dengan sendirinya bertidak balas dengan melepaskan  histamine, leukotrin dan chemoatractants yang akhirnya akan menghasilkan tindak balas alergi. 

    Oleh kerana tindak balas tersebut hanya disebabkan oleh bahan yang sebenarnya tidak berbahaya pada tubuh, maka membiarkan sistem immunasi berkerja serta bertindakbalas terhadap unsur-unsur penyebab alergik tersebut bererti satu penganiyaan dan gangguan pada tubuh. Dengan itu penggunaan anti histamine akan dapat membantu tubuh supaya dapat hidup dengan lebih selamat dan selesa dengan sistem immune tidak perlu bertindak  secara silap.

    Hasil kajian pakar-pakar perubatan sejak sekian lama mendapati bahawa nigellone adalah bahan aktif utama yang berjaya dipisahkan dari biji-bijian nigella sativa. Dr. Mahouz dan Dr. El-Dakhakny mendapati bahawa sifat-sifat kimia dan pharmacologinya sangat berkesan melindungi haiwan ujikaji mereka (guinea pigs) daripada histamine bronchospasm yang di induce.

    Pada tahun 1960, telah dilapurkan bahawa crystalline nigellon telah di gunakan sebagai bahan merawat kanak-kanak dan juga orang dewasa yang menghidap bronchial asthma, dan mendapati bahawa ia mempunyai nilai therapeutic disamping tiada mengandungi bahan toksik. Walaubagaimana pun kesan tindak balasnya hanya dapat dilihat setelah beberapa hari.

    Dalam tahun 1993, Dr Nirmal Chakravarty telah melakukan satu kajian untuk mempastikan samada crystalline nigellon berkemungkinan menyumbang sebagai agen penghalang pelepasan histamine

    Perencatan terhadap pelepasan antigen-induced histamine dapat dilihat dalam gambarajah 1. Putih telur telah digunakan sebagai antigen. Konsentrasi nigellon pada kadar 11ug/mL memberikan 50 % keupayaan perencatan terhadap pelepasan histamine

     

                      Gambarajah : 1            

    Bagi kompoun 48/80 yang dimasukkan (induced), histamine yang dilepaskan pada kadar yang hampir sama  seperti dalam kes nigellone (gambarajah 3). 50% perencatan pelepasan histamine telah berlaku pada kadar 15ug/mL

      

      Gambarajah : 2

     Garis lengkung kesan tindakan perencatan nigellon berbanding pelepasan histamine yang didorong oleh kalsium ionophore A23187 didapati adalah sama dengan pelepasan sebelumnya, tetapi pelepasannya didapati sedikit kurang sensitif  terhadap nigellon. Sebagaimana gambarajah 3, 26ug/mL nigellon menyebabkan perencatan 50 % pelepasan histamine.

      

      Gambarajah : 3

     Keupayaan nigellon sebagai agen penghalang serta perencat kepada pelepasan histamine berkemungkinan berpunca dari penghalangan protein kinase C dan pengurangan kepekatan intrasellular kalsium. Perencatan metabolisma tenaga oxidative (oxidative energy metabolism)  mungkin juga memainkan peranan.          

    Adapun kesan nigellon ke atas pelepasan histamine yang didorong oleh stimulasi protein kinase C juga mengakibatkan terhalangnya penghasilan protein kinase C pada sel yang lain. Oleh kerana protein kinase C sangat signifikan dalam tindakbalas secara biologi termasuk menggalakkan pembentukan kanser maka dapatlah disimpulkan bahawa ia dilihat sangat berpotensi jika digunakan sebagai bahan utama anti kanser.

    KEUPAYAAN SEBAGAI ANTI TUMUR

    Pada tahun 1998 sekumpulan saintis dari The college of pharmacy, university of Kentucky, USA,  mengkaji secara aktiviti in vitro anti tumour pada blackseed mentah (crude) dan juga komponen blackseed yang telah disaring. Dua komponen penting yang disaring adalah thymoquinone (TQ) dan dithymoquinone (DIM).

     

    Gambarajah 4. Thymoquinone dan Dithymoquinone

    Gambarajah 4. Struktur formula thymoquinone ( TQ) dan dithymoquinone (DIM )

    Dalam kajian ini komponen  mentah dan ekstrak minyak blackseed dan juga quinines TQ dan DIM yang disaring dinilai in vitro bagi menentukan tahap toksik terhadap pancreatic adenocarcinoma cell line CFPAC-1 manusia, uterine sarcomacell line MES-SA dan varian MDR, Dx5 , leukekik cell line K562 manusia dan MDR varian R7.

    Kadar toksik TQ dan DIM  dibandingkan dengan standard rawatan kanser, doxorubicin DOX and etoposide, ETP. Kedua-dua drug tersebut telah terbukti berkesan mengurangkan in vitro cytoxicity bagi sel yang menghasilkan bahan radikal.

    Kajian ini mendedahkan yang quinines TQ dan DIM, dua kandungan penting Nigella sativa, sangat  memusnahkan (cytotoxic) untuk beberapa jenis sel in vitro manusia. Begitu juga kedua-dua TQ dan DIM sama kesan pemusnahnya untuk MDR sel tumor. Ini memberikan pengharapan bahawa ia mungkin berguna sebagai ubat anti kanser disamping berguna untuk merawat MDR tumor resistant.

    Kandungan aktif biji-bijian nigella sativa yang mengandungi sebahagian asid lemak dikaji tentang aktiviti anti tumurnya berbanding Ehrlich ascites carcinoma (EAC), sel Dalton’s lymphonia ascites (DLA) and Sarcoma-180 (S-180). Haiwan yang menerima sel EAC dan black seed didapati tetap normal tanpa tanda-tanda kesan pembentukan tumor. Keadaan ini menjelaskan bahawa bahan aktif mempunyai kesan keupayaan sebagai anti tumor berbanding EAC.Hasil dari kajian juga mendapati bahawa haiwan yang menerima sel DLA dan black seed menunjukkan bahwa bahan aktifnya mampu menghalang perkembangan dan pembentukan tumor sekitar kurang dari 50 % berbanding dengan haiwan yang tidak menerima bahan aktif berkenaan.