<% id = Request.QueryString("id") %>
H o t l i n e  :  0 3-3 2 1 3  8 0 4 6  @  0 1 9 - 3 8 8 0 0 9 8   Fax : 0 3-3 2 1 3  6 5 6 3       Waktu pejabat  :  Isnin~Sabtu :  8.30 am  ~ 5.30 pm.
Bio-Asli Utama Produk Testimoni Daftar Keahli Belian Komisyen-(Affiliate) Stokis Berita Mentor SMS
Bilangan Pengunjung
Blackberry Pearl
Bermula 1/6/2006
 Login                

 

 Katalaluan  
 Masuk

Download Katalog

English Version

 Website Peribadi-Login     
. Home
. Bio-Asli Utama
. Minyak Kelapa Dara
. Produk Bio-Asli-Mesti klik
. Produk Baru !!!
. Daftar Keahlian-Free
. Belian - Bayaran
. Pos-Penghantar-Free
. Overseas Delivery Service
. Mesej Pribadi -  Baru
. Pertanyaan
. Iklan TV, Promosi
. Gambar Kilang
. No. Akaun Syarikat
INFO KESIHATAN
Jurnal/Rencana/Buku
Majalah/Akhbar/Internet

. Metabolisma dan Energi

. Pertahanan  Penyakit

. Virus dan bakteria super

. Berat Badan Ideal

. Mammary Gland Payu Dara

. Susu Ibu dan MCFA

. Kulit dan Rambut

. Pebesaran Saluran Kencing

. Sistem Pencernaan dan Zat

. Pencegahan AIDS

. Pencegah Penyakit Jantung

. Proses Penuaan,awet muda

. Resdung

. Kanser

. Luka Radikal Bebas

. Gejala Kelelahan Kronis

. Kencing Manis (Diabetes)

. Darah Tinggi

Bio-Asli
Iklan Rakan Niaga
Rakan Tani anda
Tahfiz Quran
(Kebajikan Anda)
Keahlian dibuka kepada semua : Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia dan lain-lain negara

Ingin Buat Belian Tapi...???

Tiada Internet Banking & Fax

Membeli...Cara Mudah

Guna-Telefon sahaja !!!

Buat order-Cal: 03-3213 8046

Dapatkan Kod bayaran anda

Stokis Diperlukan di Seluruh Negara

 

Kenyataan Pakar Berkenaan Minyak Kelapa Dara

 
Hj.Ishak Basiran
Mechanical Engineer

P.Urusan Desaku Maju Marketing, Desaku Trading, Mudah Niaga &  Teknologi Desa Hijau Sdn Bhd.

Dr.AH.Bambang Setiaji, MSc     
Pakar Minyak Kelapa Dara Nusantara

Dosen Fakulti Kimia Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam Universiti Gadjah Mada Indonesia

DR.Bruce Fife
(Doctor Natropati-USA)

 

Pihak Bio-Asli mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pakar-pakar sains yang telah dan terlibat dalam penyelidikan sehingga masyarakat dunia mendapat manfaat dari kelebihan Minyak Kelap Dara

Sumber rujukan kami adalah dari internet serta buku-buku berikut yang telah di terjemahkan dan dikembangkan oleh DR. Bambang Setiaji dari judul asal karya The Healing Miracles of Coconut Oil karya DR. Bruce Fife, ND.2001

 

  • I. May, C.D., 1980. Food allergy: Perspective, principles, and practical management. Nutrition Today Nov/Dec P28-31
  • Konlee, M: 1997. Return from jungle: an interview with Chris Dafoe. Positive Health News No. 14 Summer Issue
  • Price, W.A. 1939. Nutrition and Physical Degeneration. Keats Publishing 1998 edition
  • Prior, I.A.M. 1971. The price of civilization. Nutrition Today. July/Aug.p. 2-11.
  • Okoji, G.0. et.al. 1993. Childhood convulsions: a hospitalsurveyon traditional remedies. Af.j. Med. Sci. 22(2):25
  • Price, W.A. 1939. Nutrition and Physical Degeneration. Keats Publishing. 1998 edition. Chapters 5 and 6
  • Anonymous. 1998. Bad teeth and gums a risk factor (or heart diseases SHavard Heart Letter9 (3):6
  • Millman, C. 1999. The route of all evil. Men’s Health. 14(10):102
  • Prior I.A. 1981. Cholesterol, coconuts, and diet on Polynesian atolls: a natural experiment: the Pukapuka and Tokelau Island studies. Am. J. of Clin. Nutr. 34 (8):1552
  • Stanhope, J.M., et al. 1981. The Tokelau Island migrant study. Serum lipid concentrations in two environments. J. Chron. Dis. 34:45
  • Ibid
  • Hegsted, D.M., et al. 1965. Qualitative effects of dietary fat on serum Cholesterol in man. Am. J. of Clin Nutr. 17:281
  • Hashim, S.A., et al.1959. Effect of mixed fat formula feeding on serum cholesterol level in man. Am. J. of Clin Nutr. 1:30
  • Bray, G.A.. et al. 1980. Weight gain of rats fed medium-chain Triglycerides is less than rats fed long-chain triglycerides. Int. J. Obes. 4:27
  • Geliebter, A. 1983. Overfeeding with medium-chain tryglycerides diet results in diminished deposition of fat. Am. J. of Clin. Nutr. 37:104
  • Baba. N. 1982. Enhanced thermogenesis and diminished deposition of fat in reponse to overfeeding with a diet containing medium chain triglycerides: Am. J. of Clim Nutr 35:678
  • Greenberger, N.J. and skillman, T.G., 1969. Medium.chain triglycerides: physiologic considerations and clinical implications. N. Engl. J. Med. 280:1045
  • Fino, J.H. 1973.Effect of dietary triglyceride chain length on energy utilized and obesity in rats fed high fat diets. Fed. Proc. 32.993
  • Sindhu Rani, J.A., et al. 1993. Effect of coconut oil and coconut kernel on serum and tissue lipid profile. Ind. Coco. J. XXIV (7):2
  • Kurup, P.A., and Rajmohan, T, 1994. Consumption of coconut oil and coconut kernel and the incidence of atherosclerosis. Coconut and Coconut Oil in Human Nutrition Proceedings, Symposium on Coconut and Coconut Oil in Human Nutrition. 27  March. Coconut Development Board. 1 Kochi. India. 1995. p. 3
  • Thampan, P.K 1994. Facts and Fallacies About Coconut Oil. Asian and Pacific Coconut Community. p.31
  • Kaunitz, H. and Dayrit, C.S. 1992. Coconut oil consumption and coronary heart diases Phillipine Journal of Internal Medicine 30:165
  • Mendis, S. and Kumarasunderam, R. 1990. The effects of daily consumption of coconut fat and soya-bean fat on plasma lipids and lipoproteins of young normolipidacmic men. British Journal of Nutrition 63:547
  • Enig, M. G. 1999. Coconut: In support of good health in the 21st century. 36 session Asian Pacific Coconut Community.
  • Thampan. P.K. 1994. Facts and Fallacies About Coconut Oil. Asian and Pasific Coconut Community. p. 31
  • Hornung, B., et al. 1994. Lauric acid inhibits the maturation of vescular stomatitis virus. Journal of General Virology 75:353
 

 

6 perkara di mana kulit anda akan benar-benar kelihatan Muda

1-Kawal dari pendedahan cahaya matahari yang berlebihan.
2-Elakkan dari amalan ‘Diet Yo-Yo’.
3-Penggunaan minyak kelapa dara.
Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh factor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.
Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit.
Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’.
Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.
4-Rehatkan otot-otot muka anda.
5-Pengambilan Omega-3 yang banyak.
6-Elakkan merokok.
 
  Dr Joseph Mercola
 (pengarang Total Health Program) 
dan Rachael Droege up
   
 

Minyak kelapa adalah makanan penting yang bermanfaat bagi abad ke 21. Dengan terdapatnya maklumat klinikal dan saintifik tentang sifat-sifat antimikrobialnya yang menyihatkan dalam minyak kelapa dara secara khusus dan minyak kelapa secara umum, menjadikannya sangat menarik.

Prof.Dr.Mary G.Enig Director, Nutritional Science Division,
Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue
500 Silver Spring, MD 20904-2633 U.S.

 

“Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”.

                                Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)

 

“Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”.

                             Dr. John J. Kabara (Universiti Michigan –USA)

 

“Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda”.

                             Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician

                       MBBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP

                                                    (Clinical Nutrition)

“Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia”.

                                  Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati – USA)

 

 up
 

Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menyusukan Anak.

 

Lemak susu ibu mengandungi asid lemak (fatty asid) yang unik. Ia terdiri daripada 45 hingga 50 peratus 'saturated', sekitar 35 peratus 'monounsaturated', dan sekitar 15 hingga 20 peratus 'polyunsaturated'. Dari keseluruhan 'saturated fatty asid' yang dihasilkan dalam mammary gland, 18 peratus darinya adalah antimikrobial fatty asids, lauric asid dan capric asid. Antimikrobial fatty asids ini memberikan bayi yang disusukan perlindungan dari berbagai virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti chlamydia dan helicobater, protozoa seperti giardia lamblia.

Apabila ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil makanan dari lemak kelapa (terutama minyak kelapa dara, kelapa parut dan santan kelapa) paras kandungan lauric asid dan capric asid akan bertambah secara ketara didalam susu. (lihat The American Journal of Clincal Nutrition, diterbitkan pada tahun 1998). Ini bererti kandungan  jumlah perlindungan antimikrobial lauric asid dan capric asid dalam susu ibu berkenaan akan bertambah, yang akhirnya memberikan lebihan perlindungan kepada bayi yang disusukan.

Menurut beberapa kajian, tanpa tambahan lauric asid dari pemakanan, susu ibu masih mengandungi sekitar 3 peratus lauric asid dan 1 peratus capric asid yang dihasilkan oleh mammary gland ibu berkenaan, dan tahap kandungan lauric asid dan capric asid yang dihasilkan berbeza diantara setiap ibu yang menyusukan anak. Walau bagaimanapun apabila lauric asid diambil melalui pemakanan seperti lemak kelapa dalam kelapa parut, kandungan lauric asid  di dalam susu ibu bertambah secara ketara  sehingga tiga kali ganda berbanding kandungan asal, sementara  kandungan capric asid bertambah hampir dua kali ganda. Keadaan ini dapat memberikan bayi yang disusukan perlindungan yang lebih dari berbagai virus virus, bakteria dan protozoa.

(Francois CA, Connor SL, Wander Rc, Connor WE. Acute effects of dietary fatty acids on the fatty acids of human milk. American Journal of Clinical Nutrition 1998;67:301-308)

 

Khasiat meminum minyak kelapa dara bagi ibu-ibu yang menyusukan anak dan sedang mengandung.

 

Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi fatty asid yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% ‘saturated’, sekitar 35% ‘monounsaturated ’ dan 15-20% ‘polyunsaturated’. Daripada keseluruhan jumlah saturated fatty acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimokrobial  fatty acid yang terdiri dari lauric acid dan capric acid. Kedua-dua antimicrobial fatty acid tersebut memberikan bayi yang disusukan perlindungan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan herpes,  bacteria seumpama Chlamydia dan heliocobater, serta protozoa seperti giardia lamblia.

 Paras kandungan antimikrobial  fatty acids tersebut  mungkin serendah 3-4%  Namun apabila sesaorang ibu  yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka.

 Mutakhir ini kajian  telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala  kandungan capric acid  akan bertambah sekitar dua kali ganda. Bagi sesetengah ibu  di beberapa negara,  paras kandungan lauric acid dan capric acid didalam susu mereka boleh mencecah sekitar 21% (bagi lauric acid) dan 6%  (bagi capric acid). Keadaan ini akan memberikan bayi mereka lebih perlindungan terhadap virus, bacteria dan protozoa. (lihat hasil kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition – diterbitkan pada tahun 1998).

Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka  juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam  dan  ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

 Terdapat beberapa perakuan pengguna bahawa minyak kelapa dara  membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin.

 

KUALITI SUSU IBU DAN MCFA

 

Susu yang kaya dengan MCFA sangat penting untuk petumbuhan dan perkembangan anak yang sehat.  Atas alas an tersebut, MCFA ditambahkan pada kebanyakan susu atau makanan bayi.  Bagaimanapun, asam lemak ini tidak persis sama dengan yang ditemukan secara alami pada air susu ibu.  Pada satu satu ketika para pengeluar susu akan menggunakan minyak kelapa atau minyak kernel sawit asli.  Namun minyak medium-chain triglycerides (minyak MCT) digunakan pada beberapa produk susu kerana minyak MCT merupakan produk industri yang mengandung 75 peratus asid kaprilat dan 25 peratus asid kaprat dengan sedikit asid lauric dan MCFA sebagai antimicrobial paling penting. Perbandingan asam lauric dengan MCFA lain pada minyak kelapa adalah sama dengan pebandingan yang terdapat pada air susu ibu.  Alasan MCT digunakan untuk mengganti minyak kelapa yang lebih mahal hanyalah kerana alasan ekonomi atau adanya perhatian pada kesehatan.  Walaupun  asid kaprilat dan asid kaprat itu baik, namun aia tidak sebaik asam laurat dan tidak sebagus kombinasi ketiganya, seperti yang terdapat secara alami.

 Kalau kandungan asid lemak dan kualiti susu dapat diubah, maka bagaimana dengan air susu ibu.  Air susu ibu tidak diragukan lagi sebagai pilihan makanan paling baik untuk bayi.  Namum tidak semua air susu ibu sama kualitinya kerana ia banyak dipengaruhi oleh kesehatan ibu.  Kalau ibu tidak makan bahan yang berkhasiat, tubuh akan mengambil dari jaringannya sendiri.  Kalau ibu kekurangan bahan berkhasiat yang penting, maka susu yang dihasilkannya juga akan kurang.  Sebaliknya kalau ibu makan makanan yang mengadungi racun (seperti asid lemak trans) susunya akan mengandung racun juga.  Oleh itu makan makanan dengan bijak sangat penting bagi wanita yang hamil dan yang menyusui bayinya.

 Kelenjar susu menghasilkan sedikit MCFA sebagai komponen utama pada air susu ibu.  Hikmah mengapa MCFA ada didalam susu ibu adalah kerana sistem pencernaan bayi yang belum matang akan mudah  menyerap dan menggunakannya.  Ia memberi bahan berkhasiat dan tenaga terhadap bayi, yang diperlukannya untuk membesar dan berkembang dengan baik. MCFA juga mempunyai sifat antimikrobial yang memberikan perlindungan kepada bayi terhadap virus seperti HIV dan herpes, bakteria seperti Chlamydia dan H. Pyrolis, kulat seperti candida dan protozoa seperti giardia.

  Penelitian pada binatang mahupun manusia telah menunjukkan bahwa MCFA menjadi komponen sangat penting dalam air susu ibu untuk pertumbuhan dan perkembangan keturunan dengan baik dan benar. Adalah diakui bahawa sememangnya terdapat perbezaan nyata diantara makanan yang mengandungi LCFA (minyak sayur) dengan makanan yang mengandungi MCFA (minyak kelapa) dalam  kelangsungan hidup dan kadar pembesaran. Bayi yang ibunya menerima MCFA membesar lebih cepat, lebih sehat dan mempunyai kadar kelangsungan hidup sebesar 68 peratus berbanding dengan 32 peratus.  Hal ini berlaku terutama bagi bayi yang lahir kekurangan berat badan.

 Terakhir satu kajian yang melibatkan seramai 46 bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang sangat rendah, mengesahkan  bahawa minyak kelapa apabila ditambahkan pada makanan mereka mendapati mereka mendapat tambahan berat badan dengan kadar lebih cepat. Yang menakjubkan penambahan berat badan adalah dihubung-kaitkan dengan pertumbuhan fisik bukan kadar penyimpanan lemak.  Kesimpulannya dengan mengkonsumsi minyak kelapa dalam makanan mereka bayi, berat badan mereka bertambah lebih cepat dan mereka mampu mencernanya  dengan baik. Sedangkan minyak sayur akan hanya melalui saluran pencernaan tanpa dapat dicerna yang akhirnya sehingga tidak dapat memenuhi keperluan zat yang diperlukan untuk perkembangan.  MCFA tidak hanya memudahkan bayi menyerap lemak yang diperlukankan namun ia juga memperbaiki penyerapan vitamin, mineral dan protein yang boleh dilarutkan oleh lemak.

 Lemak pada air susu ibu mempunyai komposisi asid lemak yang unik.  Komponen utamanya adalah lemak jenuh, yang terdiri sekitar 45-50 peratus kandungan lemak total.  Lemak lain yang paling banyak adalah mono-takjenuh yang menyusun sekiktar 35 peratus lemak susu.  Lemak poli-takjenuh terdiri hanya 15–20 peratus dari lemak total.  Lemak jenuh pada air susu ibu berada dalam bentuk MCFA.  Sayangnya, banyak ibu yang hanya menghasilkan sedikit air susunya, sehingga dapat menimbulkan kesan yang  tidak baik pada kesehatan anak.

Kalau air susu tidak mengandung  cukup MCFA, bayi biasanya menderita kekurangan zat  dan menjadi rentan terhadap penyakit menular.  Maka air susu ibu harus mengandung sebanyak MCFA yang dihasilkan oleh alam.  Hal ini dapat dilakukan dengan diberi banyak makanan yang mengandungi MCFA. Ibu yang menyusui akan menghasilkan susu yang kaya dengan bahan zat yang dapat meningkatkan kesehatan.  Kalau susu lembu dan produk hasilan dari susu lainnya hanya mengandung sedikit MCFA, makanan yang paling kaya dengan MCFA adalah minyak tropika, terutama sekali minyak kelapa.

 Asam lemak sebagai antimikrobial adalah cukup rendah, hanya sekitar 3 peratus, namun apabila ibu yang menyusui memakan produk kelapa seperti kelapa parut, santan, minyak kelapa dan lain-lain maka kandungan MCFA dalam susu akan meningkatg secara signifikan.  Misalnya, memakan 40 gram (sekitar 3 sendok makan) minyak kelapa setiap kali makan secara teratur dapat menambah asid laurat pada ibu yang menyusui dari 3.9 % sampai 9.6 % setelah 14 jam.  Kandungan asid kaprilat dan asid kaprat juga bertambah.  “Ini memberikan manfaat penting”; kata Mary G, Enig, Ph.D, seorang ahli ilmu kimia lipid dan Fellow of the American College of Nutrition,  “Air susu telah  meningkatkan jumlah antimicrobial pelindung asid laurat dan asid kaprat, yang memberikan perlindungan lebih besar terhadap bayinya.  “Kalau ibu mengkonsumsi minyak kelapa setiap hari pada saat menyusui, kandungan MCFAnya akan lebih besar.  Persiapan ibu sebaiknya dimulai sebelum bayi dilahirkan.  Wanita hamil menyimpan lemak yang selanjutnya akan digunakan untuk menghasilkan susu.  Setelah bayi dilahirkan asid lemak yang disimpan di dalam tubuh ibu dan juga dari makanan harian akan digunakan dalam produksi susu.  Kalau ibu terus mengambil MCFA dengan banyaknya, terutama asid laurat dan asid kaprat (dua bentuk MCFA (sebagai antimicrobial), maka susunya akan memberi manfaat maksima terhadap bayinya.

 Kalau ibu tidak mengambil makanan yang mengandungi MCFA dan tidak makan pada saat menyusui, maka kelenjar susu hanya akan mampu menghasilkan sekitar 3% asid laurat dan 1% asid kaprat.  Akibatnya bayi akan kehilangan nutrisi dan juga perlindungan antimikrobial.

  up

 

Minyak Kelapa Dara Pure amat sesuai untuk bayi anda.

  Minyak Kelapa Dara Pure ini sangat sesuai bagi kegunaan luaran bayi anda yang berumur dari 1 hari hingga 6 tahun. Bahagian yang penting yang perlu disapu ialah kepala (rambut ), sendi-sendi, punggung dan bahagian yang mudah terkena serangan ruam lampin, kerengsaan kulit,  juga bahagian leher dan dada bayi, (bahagian yang mudah mendapat ruam susu), kulit kering dan melecet. Anda tidak perlu bimbang kerana Minyak Kelpa Dara Pure ini tidak mengandungi sebarang toksin ataupun bahan kimia dan tidak merbahaya jika terkena mata bayi anda. Kandungan tinggi, sekitar 50% lauric oil dan capric oil yang terdapat dalam Minyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit bayi anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit (sehingga connective tissue) dan membunuh segala virus, bakteria dan protozoa. Kulit bayi anda akan kelihatan sihat, lembut dan segar selalu. Sebaiknya gunakan minyak ini setiap kali selepas memandikan bayi anda atau selepas menukar lampin  bagi mencegah kudis dan ruam pada bayi. (klik komen pengguna)
 
Kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun (1 sudu teh 2X sehari )
Bagi yang berumur 13 hingga 100 tahun (2 sudu teh 2X sehari )

 

 

Bagi kanak-kanak yang berumur diantara 7 hingga 12 tahun boleh menggunakan minyak ini untuk kegunaan luar dan dalam badan. Di mana ia sesuai untuk diminum 1 sudu teh selepas sarapan pagi dan selepas minum petang. Manakala bagi mereka yang berumur 13 hingga 100 tahun anda disarankan meminum 2 sudu teh selepas sarapan pagi dan 2 sudu teh selepas minum petang. Minyak ini akan bertindak membantu menguatkan sistem imunasi tubuh dengan keupayaan tubuh menukar lauric asid dan capric asid kepada monolaurin dan monocaprin yang bertindak membunuh virus, bakteria dan protozoa dengan cara ia menghancurkan lapisan lipids dan phospholipids virus tersebut. 'Saturated fat' yang terdapat dalam minyak kelapa dara adalah jenis 'medium chain fatty acid'. Dalam tubuh ia dihantar terus ke liver dimana ia terus diubah kepada tenaga, berbanding lain-lain jenis fat yang disimpan didalam sel tubuh (sebagai lemak badan)  Dengan lain perkataan ia lebih mudah dihadamkan dan dipergunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga. Anda akan lebih bertenaga dan kekal cergas.

Minyak Kelapa Dara Pure juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat  umur, tanpa mengira usia. Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihata). Kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segal virus, bakteria dan protozoa. Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas  radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh factor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Minyak kelapa dara mampu mengekalkan tisu ‘connective’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit. Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’. Jika anda inginkan kesan pemulihan maksima, anda perlu memilih minyak yang benar-benar berkualiti, bebas dari sebarang bahan kimia, tidak dinyah warna serta tidak terhidrogen. Kesemuanya ini terdapat dalam minyak kelapa dara.

 

Menghilangkan kesan rekahan pada perut selepas bersalin dengan berkesan.

 

Kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segala virus, bakteria dan protozoa. Penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen adalah kaedah yang ideal untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Ia bukan sahaja menghalang pembentukan radikal bebas yang membinasakan, serta bertindak melindungi dari tindakbalas  radikal bebas tersebut malah ia juga mampu mengekalkan kulit dari membentuk jeragat dan masalah kulit lain yang disebabkan oleh faktor penuaan dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari. Minyak kelapa dara mampu mengekalkan ‘connective tissue’ kulit menjadi kuat dan lembut, dimana ia membantu menghalang kulit dari kendur dan berkedut. Dalam keadaan tertentu ia mampu memulihkan kulit yang rosak atau kulit yang dijangkiti penyakit, membantu melega dan menyamankan gejala ekzema, psoriasisn serta jangkitan kulat. Minyak kelapa dara bukan sahaja memberikan kelegaan sementara kepada kulit, tetapi ia juga membantu memulihkan dan memperbaiki kulit, dan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia berperanan mengembalikan keremajaan pada kulit anda dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati. Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’.

Penggunaannya sangat mudah. Sapukan Minyak Kelapa Dara pure setiap hari pada perut atau mana-mana bahagian kulit yang berkedut, muka berjeragat dan bahagian tumit merekah setiap hari atau mana-mana bahagian yang perlu. Amalkan sehingga 6 bulan, InsyAllah kulit anda akan kembali licin dan segar. Perkara ini telah dilalui oleh isteri saya sendiri di mana kami telah berjumpa pakar sebelum ini untuk menghilangkan kesan parut pada betis, peha dan perut. Disebabkan kos yang mahal dan perlu menjalani pemeriksaan setiap bulan disamping terpaksa membeli ubat krim sapu, akhirnya kami berhenti separuh jalan sahaja. Setelah saya mengetahui kehebatan minyak kelapa dara ini, saya menjalankan percubaan untuk mengunakannya dengan sabar. Alhamdulilah kini perubahan yang sangat ketara berlaku pada isteri saya dan kami terus menggunakannya sehingga pulih sepenuhnya.

 

Memulihkan retak pada tumit kaki

  Minyak kelapa dara bukan sahaja mampu memulihkan kulit yang dijangkiti penyakit, tetapi berkemampuan juga memulihkan dan memperbaiki kulit yang rosak. Keadaan ini tidak dapat dilakukan oleh sebarang jenis losyen. Ia mengandungi khasiat penjanaan semula dan pelembab yang berperanan menyembuhkan kulit, mengembalikan keremajaan pada kulit dengan menanggalkan sel-sel luaran kulit yang mati, . Minyak kelapa  dara akan meresap jauh hingga ke lapisan bawah kulit dan akan menguatkan lapisan tisu berkenaan. Akhirnya kulit anda akan menjadi lembut serta sihat ‘bercahaya’, amat berkesan terutama pada tumit yang merekah, kematu dan keras.
 

Kelebihan apabila disapu pada kulit kepala dan rambut.

 

Kelemumur pada kulit kepala dan rambut sangat merimaskan, gatal dan berbau tidak menyenangkan. Lebih malang lagi kelimumur akan mengakibtkan rambut kita kurang sihat dan sekiranya berterusan ianya akan menjejaskan kesuburan akar rambut. Akibatnya rambut kita akan menjadi kurus dan akhirnya gugur dan kesudahannya menjadi botak. Inilah yang berlaku kepada diri saya sendiri. Disebabkan masalah inil saya berusaha mencari penawarnya, sehingalah saya bertemu seorang rakan dimajlis rewang kenduri yang botak licin satu ketika dahalu tetapi sekarang tumbuh terpacak sedikit. Dia memberi tahu saya supaya mengunakan minyak kelapa yang beliau pakai. Pada ketika itu kami tidak mengetahwi yang itu ialah minyak kelapa dara sehinggalah saya menghadari hari terbuka di Mardi. Bila saya melihat Minyak Kelapa Dara keluaran Mardi dan bertanyakan spesifikasi barulah saya tahu minyak yang saya pakai itu ialah Minyak Kelapa Dara. Bermula dari saat itu saya terus mengkaji dan belajar menghasilkan Minyak Kelapa Dara yang lebih berkualiti yang sekarang ini saya namakan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli. Memang benar ia sangat mujarab untuk masalah kelemumur dan keguguran rambut di sebabkan kandungan lauric asid , capric asid dan berbagai lagi jenis fatty asid yang bertindak membunuh kulat kelemumur dan meresap jauh kedalam kulit kepala untuk merawat sel-sel yang rosak. Alhamdulilah hasilnya sangat memuaskan dan kini ianya menjadi minyak rambut, muka dan minuman saya setiap hari.

  • Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala.
  • Menghapuskan kelimumur pada kulit kepala dan mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan seterusnya menghalang kulat kelemumur dari membiak serta rambut menjadi subur dan bertambah hitam.
  • Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya.
  • Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari.
  • Menyuburkan kulit kepala dan rambut dari gugur. up
 

RAWATAN RAMBUT

 

 Apa yang dilakukan minyak kelapa dara terhadap kulit boleh juga dilakukan untuk rambut. Minyak kelapa dara boleh digunakan sebagai kondisioner  rambut yang baik. Pakar kecantikan telah mengenal minyak kelapa dara dan mereka memperakui bahawa minyak kelapa dara ini dapat memberikan kesan efektifnya seperti kondisioner rambut di salun perawatan yang bernilai diantara RM 40 hingga RM 50. Sedangkan dengan minyak kelapa dara ia boleh dilakukan dirumah dengan kos yang terlalu murah. Manfaat lain dalam menggunakan minyak kelapa sebagai kondisioner rambut adalah kerana ia akan membantu mengendalikan kelemumur.

 

MINYAK  KELAPA MELINDUNGI dan MENYEMBUHKAN KULIT

 

Adalah dimaklumi bahawa losyen ideal adalah losyen yang tidak hanya memperlembut kulit, namun melindunginya terhadap kerusakan, meningkatkan penyembuhan dan memberinya penampilan yang lebih muda, dan sehat. Minyak kelapa dara memenuhi kriteria tersebut. Minyak kelapa dara merupakan losyen kulit alami yang tersedia yang dapat mencegah pembentukan radikal bebas perusak dan memberikan perlindungan terhadap radikal. Keupayaannya sehingga boleh membantu mencegah kulit dari pertumbuhan jeragat dan kerusakan lain yang disebabkan oleh penuaan dan terkena cahaya matahari yang berlebihan. Ia membantu menjaga jaringan connective agar tetap kuat dan longgar sehingga kulit tidak mengendur dan berkedut. Bahkan ia juga boleh memperbaiki kulit yang rusak atau yang sakit.

 Orang-orang Polinesia, yang secara tradisional hanya mengenakan sedikit kain pada tubuhnya, selama beberapa generasi terkena cahaya matahari yang panas membakar, namun mereka mempunyai kulit sehat indah tanpa  cacat dan tanpa kanser. Ini disebabkan kerana mereka memakan kelapa dan menggunakan minyaknya pada tubuh mereka sebagai losyen. Minyak ini diserap ke dalam kulit dan di dalam susunan sel jaringan connective,  membatasi kerusakan yang boleh diakibatkan kerana cahaya matahari yang berlebihan. Kulit mereka tetap tidak rusak walaupun ketika terkena cahaya matahari yang panas selama beberapa jam.

 Perbedaan diantara minyak kelapa dengan krim atau losyen lain adalah bahawa produk krim dan losyen  lain diproses untuk memberikan pemulihan langsung, tetapi bersifat  sementara. Sebaliknya minyak kelapa tidak hanya memberikan pemulihan yang segera namun boleh juga membantu dalam proses penyembuhan dan perbaikan. Kebanyakan losyen tidak memberikan manfaat yang lama terhadap kulit dan banyak losyen sebenarnya mempercepat proses penuaan. Mengapa harus mengambil resiko kerosakan kulit kekal  kalau dengan mudah bisa menggunakan minyak kelapa dara untuk membantu mengembalikan penampilan menjadi lebih muda?

 Minyak kelapa dara boleh membuat kulit terlihat lebih muda. Permukaan kulit mengandungi lapisan sel mati. Pada saat sel mati ini hilang, sel baru mengambil alih tempatnya. Ketika usia beranjak tua, proses ini lambat dan sel mati cenderung menumpuk, sehingga memberikan tekstur kasar dan jeragat pada kulit. Minyak kelapa dara dapat menghilangkan sel mati dipermukaan luar kulit. Dan membuat kulit lebih halus yang mencerminkan kesehatan yang lebih merata, menciptakan penampilan lebih sehat dan lebih muda. Kulit “bercahaya”kerana mencerminkan kulit bertekstur lebih baik dan merata. Penghapusan sel kulit mati yang berlebihan dan penguatan jaringan yang mendasari merupakan dua manfaat utama dalam penggunaan minyak kelapa dara sebagai losyen kulit. Bahkan kadang-kadang anak muda boleh mengalami kulit kering merekah secara berlebihan, kemudian menghasilkan ketebalan yang tidak normal dan seringkali mengganggu lapisan kulit yang mati. Dengan minyak kelapa dara tidak hanya memberikan pemulihan langsung, namun juga memberikan perbaikan jangka panjang. Ramai orang telah mengalami hasil yang luar biasa dengan berbagai macam gangguan kulit. Banyak orang telah mencoba tidak menggunakan bahan lain. Kalau kekeringan dan pecah-pecahnya parah, dianjurkan sebelum tidur malam diberi sedikit minyak kelapa dara yang cukup pada daerah yang terluka kemudian membungkusnya dengan plastik agar tidak meleleh kemana-mana. Dipagi hari bukalah plastiknya dan cucilah minyak kelapa dara yang meleleh berlebihan. Lakukan ini setiap malam sampai keadaannya pulih seperti sediakala.

KESIHATAN KULIT.

 Mungkin ada yang bertanya, apakah minyak kelapa dara bila disapukan atau diminum akan dapat membantu menjaga agar kulit tetap muda, sehat dan bebas dari penyakit? Sebenarnya asam lemak antiseptik pada minyak kelapa dara mampu membantu mencegah infeksi kulat dan bakteria pada kulit ketika mengambilnya dalam makanan dengan kadar tertentu maupun dipakai secara langsung pada kulit. Ini terbukti pada apa yang berlaku terhadap orang-orang Polinesia yang menggunakan dengan teratur jarang sekali diganggu oleh infeksi kulit atau jerawat.

 Kulit bertindak sebagai penutup yang melindungi dari luka seperti halnya sekelompok pasukan pengaman yang fleksibel. Ia menghambat gangguan dari jutaan bakteria penyebab penyakit yang menyentuh tubuh setiap hari. Kalau pasukan pengaman tidak ada di kulit, tubuh akan menghadapi kesukaran untuk bertahan hidup, bahkan organisma yang biasanya tidak berbahaya akan dapat mematikan.

 Satu-satunya cara organisma-organisma berkenaan untuk masuk kedalam tubuh selain melalui lubang alami, seperti hidung, dan mulut, adalah  dengan menembusi kulit. Walaubagaimanapun ini hanya akan berlaku jika pertahanan kulit terganggu, dan akibatnya akan dapat menimbulkan infeksi. Jerawat, herpes, boils, atlete’s foot dan kutil hanyalah beberapa gangguan  infeksi yang mempengaruhi kulit dan tubuh.

 Kulit berfungsi bukan semata-mata hanya sebagai penutup kulit, tetapi berperanan juga sebagai tembok untuk menghalang gangguan bakteria penyebab penyakit yang menunggu kesempatan untuk dapat masuk kedalam tubuh. Koyakan kecil, bahkan satu calar kecil, akan memudahkan banyak bakteria masuk ke dalam tubuh, yang mengakibatkan penyakit dan mungkin juga kematian. Untungnya, kulit tidak hanya memberikan hambatan fizikal namun juga hambatan bahan kimia. Lingkungan bahan kimia pada permukaan kulit sehat sangat tidak toleran terhadap bakteria berbahaya. Akibatnya, organisme yang mengakibatkan penyakit tidak dapat hidup di kulit tubuh. Oleh itu kebanyakan goresan tidak berakhir dengan infeksi kerana secara relatif  kulit bebas dari bakteria berbahaya. Namun kalau satu luka disebabkan oleh objek  seperti kuku kotor yang dipenuhi dengan mikroorganisma berbahaya, mereka melewati hambatan fizikal dan hambatan kimia kulit maka itulah yang sering mengakibatkan infeksi. Perlu diingat bahawa hambatan kimia paling besar bagi organisma penyebab infeksi adalah lapisan asam kulit. Kulit sehat mempunyai pH sekitar 5, yang membuat sedikit asam. Keringat yang mengandungi asam urat dan asam lastat, sedangkan minyak tubuh akan meningkatkan lingkungan asam. Kerana alasan ini, keringat dan minyak memberikan manfaat bagi tubuh. Bakteria baik boleh bertolak ansur dengan asam yang ada di kulit, namun bacteria jahat tidak akan mampu bertahan, jadi jumlahnya akan hanya tinggal sedikit.

 Minyak yang dihasilkan tubuh dinamakan sebum. Sebum di hasil dan dikeluarkan oleh kelenjar minyak (kelenjar sebaceous) yang ada di sekitar akar rambut dan juga tempat lain. Minyak ini sangat penting untuk kesihatan kulit kerana dapat melembutkan dan melumasi kulit maupun rambut serta mencegah kulit agar tidak kering dan pecah-pecah. Sebum juga mengandungi medium chain fatty acids (MCFA), dalam bentuk medium chain triglycerides (MCT), yang dilepas untuk memerangi bakteria berbahaya.

 Kulit  merupakan rumah bagi banyak organisma, yang kebanyakannya tidak berbahaya, bahkan banyak diantaranya bermanafaat dan merupakan bakteria yang esensial untuk memberi kesihatan kepada kulit. Ia masuk ke dalam sebum , memecah triglycerides menjadi asam lemak bebas.

 Triglycerides hanyalah merupakan tiga asam lemak yang disatukan oleh molekul gliserol. Sebum dan juga semua lemak makan seperti minyak jagung, minyak kedelai dan lai-lain, adalah terdiri dari triglycerides. Bakteria ini masuk ke dalam molekul gliserol yang menyatukan asam lemak. Ketika gliserol dilepaskan, asam lemak dibebaskan dan menjadi individu yang berasingan. Kesemuanya itu yang dinamakan asam lemak bebas. MCFA yang saling diikat oleh triglycerides tidak mempunyai sifat antimicrobial. 

Bakteria ini merubah MCT dalam sebum pada kulit menjadi asam lemak bebas yang boleh mematikan virus dan kulat penyebab penyakit. Kombinasi pH dengan MCFA memberikan lapisan kimia di atas kulit yang mencegah infeksi dan mikroorganisma penyebab penyakit.

 Kebanyakan mamalia menggunakan sifat antimicrobial MCFA untuk melindungi dirinya  dan infeksi. Ketika ada pada tubuh, asam lemak ini menyusun minyak yang dikeluarkan oleh kulit. Di alam liar, binatang dilindungi oleh alam dan mempunyai naluri untuk mudah sembuh dari luka. Gigitan dan goresan merupakan kejadian biasa,terutama disebabkan oleh binatang pemangsa. Luka yang ditimbulkan oleh binatang pemangsa ini seringkali menyebabkan infeksi pada mangsa. Secara naluri, binatang yang terluka akan menjilati lukanya untuk membersihkannya dan menyebarkan minyak tubuh  kedalam jaringan yang terluka. Minyak ini  memberikan anti infeksi terhadap lukanya dan melindungi binatang dari infeksi. Dengan demikian, ketika jari tergores secara naluri haiwan berkenaan akan membawa bagian jarinya yang luka ke mulut.

 Air ludah juga membantu meningkatkan jumlah MCFA pada kulit. Air ludah mengandungi sejenis enzim yang dinamakan lingual lipase yang memulakan proses pemecahan lemak ke dalam asam lemak individual. Enzime ini siap memecah MCT pada lemak makan dan minyak tubuh (sebum) ke dalam MCFA bebas. Lemak dan minyak yang terbuat dan long chain fatty acids, yang ada pada kebanyakan lemak makan, memerlukan tambahan enzim gastric dan enzim pancreas untuk memecah menjadi asam lemak individual.

 Binatang seringkali membersihkan dirinya dengan menjilati bulunya, melapisinya dengan enzim saliva sehingga boleh merubah minyak tubuh menjadi MCFA bebas pelindung. Penjilatan luka  juga mencampur saliva dengan minyak di atas kulit dan rambut, yang menghasilkan lebih banyak MCFA yang dapat membantu memerangi infeksi.

 Adalah didapati beberapa binatang menghasilkan lebih banyak asam lemak pelindung  berbanding binatang lain. Landak merupakan salah satu yang membuat senjata pengancam bakteria. Dr. Uldis Roze, seorang professor biologi pada Queens College di New York, mengatakan  bahawa  jumlah besar dari asam lemak pelindung adalah pertahanan melawan luka pada diri sendiri. Dr. Roze berteori bahawa cairan pada minyak mengandungi sifat antibiotika yang melindungi. Teori ini dibuktikan ketika minyak dianalisa dan diuji, maka MCFA pada minyak terbukti jadi rahasianya. Penelitian menunjukkan bahawa asam lemak ini dapat mematikan beberapa jenis bakteria yang telah diobati dengan penisilin, termasuk streptococcus dan staphylococcus.

Hampir semua ubat kulit mempunyai perlindungan dengan berbagai kadar. Minyak dipermukaan kulit dan rambut terdiri dari 40 hingga 60% asam lemak bebas. Diantara asam lemak ini adalah MCFA yang mempunyai sifat antimicrobial. MCFA pada sebum ini memberikan lapisan perlindungan pada kulit yang mematikan bakteria berbahaya.

 Orang dewasa menghasilkan lebih banyak sebum dibandingkan dengan kanak-kanak. Ini bererti orang dewasa mempunyai kadar perlindungan yang lebih besar dari infeksi kulit. Ternyata MCFA yang ditemui pada sebum adalah sama dengan yang terdapat pada minyak kelapa dara.  Kesimpulannya minyak kelapa dara dapat memberikan kadar perlindungan yang signifikan dari infeksi pada kulit. 

 

Luka dan kudis

  Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey jika diminum akan dapat membantu menguatkan sistem imunasi tubuh dengan keupayaan tubuh menukar lauric asid dan capric asid kepada monolaurin dan monocaprin yang bertindak membunuh virus, bakteria dan protozoa dengan cara ia menghancurkan lapisan lipids dan phospholipids virus tersebut.  Begitu juga dengan  Minyak Kelapa Dara yang kandungan lauric asid dan capric asidnya  bersifat antiviral, antibakterial dan antiprotozoal jika disapukan pada bahagian kudis akan bertindak dengan cara yang sama walaupun kekuatannya (lauric asid dan capric asid) tidak sekuat monolaurin dan monocaprin dalam tindakannya memusnahkan organisma yang menyebabkan infeksi.
 

Ulser dan Sembelit

 

Sebahagian dari ulser selalunya disebabkan oleh virus Herpes simplex type 2. Ia akan menyerang apabila keadaan immuniti sesaorang itu rendah seperti ketika sakit, demam, selsema, kencng manis, ketika datang haid, stress dan sebagainya, sementara sembelit pula adalah disebabkan oleh kekurangan air, kurang serat, tindak balas ubat/bahan kimia, sikap membuang air yang tidak betul, kanser usus, selepas pembedahan atau mengandung.

Pada umumnya  dengan pengambilan Minyak Kelapa Dara akan meredakan sakit, disamping dapat mengurangkan radang dan munyurutkan bengkak bagi pengidap ulser. Kandungan lauric asid dan capric asid (yang bersifat antimikrobial) yang tinggi dalam Minyak Kelapa Dara membantu meningkatkan daya tahan disamping bertindak sebagai antibiotik yang baik dalam tubuh.
Bagi pengidap sembelit, Minyak Kelapa Dara boleh melawaskan di samping membantu merawat luka dalaman seperti buasir. up
 

PENCEGAH SAKIT JANTUNG

 

Seperti yang diterangkan sebelum ini, minyak kelapa tidak meningkatkan kadar kolesterol darah maupun kadar triglyserid dan gumpalan darah yang berlebihan.  Bahkan ia dapat merangsang metabolisma, yang dengannya dapat merendahkan kadar kolesterol. Hasil penyelidikan dari tahun 1970 hingga tahun 1980 menunjukan bahawa minyak kelapa baik untuk jantung meskipun pada waktu itu lemak jenuh dituduh dapat meningkatkan resiko sakit jantung.  Pengambilan minyak kepala terbukti mempunyai banyak pengaruh yang berhubungan dengan penurunan risiko sakit jantung dibandingkan dengan minyak makan lainnya.  Minyak kelapa juga dapat menurunkan timbunan lemak tubuh, mempertinggi angka kelangsungan hidup, mengurangi pembentukan gumpalan darah, memperkecil radikal bebas didalam sel, menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan hati, menambah cadangan antioksidan didalam sel dan menurunkan kadar kemungkinan terjadinya sakit jantung pada masyarakat.  Dengan mengkonsumsi minyak kelapa akan mengurangkan kemungkinan berlakunya serangan penyakit jantung.

 Berdasarkan bukti ini maka minyak kelapa dipandang sangat baik untuk jantung atau setidak-tidaknya tidak berbahaya terhadap jantung.  Namun ada satu faktor yang mengungkapkan bahwa minyak kelapa bukan hanya tidak berbahaya tetapi berperanan amat penting dalam memerangi sakit jantung.  Kerana begitu luar biasanya peranan minyak kelapa maka ia dijangkakan akan segera menjadi senjata baru yang ampuh dalam melawan sakit jantung.

 SAKIT JANTUNG DAN DARAH TINGGI

 Untuk memahami bagaimana minyak kelapa boleh membantu mencegah sakit jantung, maka kita perlu mempunyai pemahaman asas tentang bagaimana penyakit jantung berkembang.  Sakit jantung adalah disebabkan oleh pengerasan pembuluh darah (atherosclerosis) yang terjadi melalui pembentukan plak dalam pembuluh darah tersebut.  Kalau ditanyakan pada kebanyakan orang apa penyebab atherosclerosis, mereka akan memberitahu kerana terlalu banyak kolesterol dalam darah.  Idea ini dinamakan hipotesis kolesterol atau lipid dari sakit jantung.  Pada masa ini idea tersebut masih disebarkan secara lantang dalam media popular oleh industri kacang kedelai, sedangkan sebenarnya teori ini tidak sesuai dengan pemerhatian klinikal atau penelitian ilmiah dan ia telah digantikan oleh hipotesis respon ke luka (response to injury hypothesis).

 Apa penyebab terbentuknya plak dalam pembuluh darah dan aterosklerosis yang dapat berkembang?  Umumnya selalu terfikir bahwa pengerasan pembuluh darah, biasanya dihubungkan dengan kolesterol.  Namun kolesterol tidak hanya berada secara bebas didalam pembuluh darah tetapi dapat menetap secara tiba-tiba dimana saja didalam pembuluh darah.  Kolesterol digunakan oleh tubuh untuk menambal dan memperbaiki luka-luka pada dinding pembuluh darah.  Bahkan, sebenarnya kolesterol tidak diperlukan secara khusus untuk aterosklerosis (pembentukan plak).  Bertentangan dengan kepercayaan yang popular, komponen utama plak pembuluh darah bukanlah kolesterol namun protein terutama sekali jaringan bekas luka.  Beberapa pembuluh darah yang mengalami aterosklerosis mengandungi sedikit atau tidak mengandungi kolesterol sama sekali.  Menurut hipotesis respon ke luka, sebagian aterosklerosis berkembang sebagai hasil luka pada lapisan dalam dinding pembuluh darah.  Luka boleh terjadi kerana beberapa sebab seperti keracunan, radikal bebas, virus atau bakteria.  Kalau penyebab lukanya tidak dihilangkan, ia akan mengakibatkan kerosakan selanjutnya dan selama gangguan dan peradangan tetap terjadi, jaringan luka terus berkembang. Protein penggumpal darah khusus dinamakan platelets bersikulasi secara bebas di dalam darah.  Apabila ia menemui sebarang kesan luka ia akan  menjadi lengket dan melekat antara satu dengan yang lainnya pada jaringan yang rosak, bertindakbalas seperti sebuah perban untuk memudahkan penyembuhan.  Ini adalah cara bagaimana gumpalan darah terbentuk.  Luka dari sumber manapun memicu platelet untuk menggumpal dan sel pembuluh darah melepaskan senyawa yang merangsang pertumbuhan sel otot di dalam dinding pembuluh darah.  Satu campuran kompleks dari jaringan luka, platelet, kalsium, kolesterol dan trigliserid bersama-sama bekerja untuk menyembuhkan luka.  Maka dari jaringan serat tersebut menjelaskan bahawa bukan kolesterol sahaja yang membentuk bahan pokok dalam plak. Timbunan kalsium dalam plak yang menyebabkan pengerasan pembuluh darah dan ini merupakan cirri aterosklerosis.

 Bertentangan dengan kepercayaan yang popular, plak tidak hanya menempel disepanjang bagian dalam saluran pembuluh darah seperti lumpur dalam selang taman dirumah.  Tetapi plak tumbuh didalam dinding pembuluh darah, dan menjadi sebahagian dari dinding pembuluh darah itu sendiri.  Dinding pembuluh darah dikelilingi oleh lapisan otot melingkar kuat yang mencegah plak agar tidak meluas keluar.  Kerana plak tumbuh berkembang, sedangkan tidak dapat meluas ke luar pembuluh, maka akan mendesak ke dalam dan menutup lubang pembuluh darah, sehingga mempersempit pembuluh darah dan menutup aliran darah.

 Platelet berkumpul di sekitar luka untuk membentuk gumpalan-gumpalan darah, menutup lubang pada pembuluh yang rusak.  Namun kalau darahnya cenderung menggumpal, gumpalan akan terus berkembang sampai akhirnya akan menghambat aliran pada pembuluh darah.  Akhirnya pembuluh darah yang telah sempit kerana plak akan dengan mudah tersumbat oleh gumpalan darah tersebut. Jika  proses ini terjadi pada pembuluh darah koroner yang menuju jantung, maka ia biasa dikenali sebagai serangan jantung.  Kalau terjadi pada pembuluh darah carotid yang menuju ke otak, akibatnya adalah apa yang disebut sebagai stroke.  Atherosclerosis menyebabkan sakit jantung dan gangguan kardiovaskular lainnya. up

 

KANSER

 

Kemungkinan wanita  mendapat kanser payudara adalah 1 dari 8 orang, sementara lelaki menghadapi risiko diserang kanser prostat adalah 1 dari 9 orang. Satu dari 3 orang yang hidup di Amerika ketika ini diserang sesuatu kanser semasa hidup. Kanser adalah penyakit kedua terbanyak setelah penyakit jantung sebagai penyebab kematian utama..Seperti penyakit jantung, kanser juga belum diketahui ubatnya secara pasti. Seringkali pengubatannya sama parah seperti penyakitnya. Pertahanan yang paling baik adalah pencegahan kerana kebanyakan kanser boleh dicegah. 

Setiap orang mempunyai sel kanser di dalam tubuh. Cuma mengapa seseorang itu tidak diserang kanser adalah kerana sistem kekebalannya dapat menghancurka sel kanser sebelum ia sempat merebak. Selama sistem kekebalan berfungsi dengan baik, maka tidak perlu khuatir dengan penyakit ini. Athur I.Holleb, M.D.,wakil ketua senior Medical Affairs for American Cancer Society berkata,” Hanya ketika sistem kekebalan tidak mampu menghancurkan sel berbahaya ini maka penyakit kanser akan berkembang”.Dengan kata lain, kanser hanya boleh berkembang pada orang yang sistem kekebalannya terganggu atau lemah sehingga tidak mampu memberikan pertahanan yang baik. Dr Holleb tidak menetapkan bahawa efisiensi sistem kekebalan hanya mempengaruhi kanser paru-paru, kanser payudara atau leukemia, tetapi ia dapat mempengaruhi  semua kanser. Hal ini bererti bahawa meskipun dalam tubuh mempunyai zat-zat karsigonik, jika sistem kekebalan berfungsi dengan baik, maka kanser tidak akan dapat berkembang .Maka sistem kekebalan yang sihat dan baik,merupakan unsur utama dalam pencegahan kanser.

 Ada beberapa hal yang dapat dilakukan untuk memperbaiki sistem kekebalan dan membantu mencegah timbulnya penyakit kanser, seperti makan makanan yang sihat, melakukan olahraga secara teratur, mengurangi stress dan masa rehat yang cukup. Sebaiknya menghindari hal-hal yang dapat meningkatkan risiko terserang kanser seperti merokok, dan mengambil minyak sayur yang telah dirosakkan oleh kepanasan semasa pemerosesan. Sebagaimana telah disebut sebelum ini, minyak sayur yang telah mengalami banyak perubahan sangat mempengaruhi sistem kekebalan. Cara lain untuk meningkatkan sistem kekebalan ialah dengan mengambil minyak kelapa dara secara teratur. Pengambilan minyak kelapa dara tersebut terutama sekali jika dijadikan sebagai pengganti kepada minyak lain, sangat menyumbang kepada pengurangan risiko diserang penyakit kanser.

 Tubuh manusia selalu dikelilingi oleh bakteria yang mengganggu, dan banyak diantaranya dapat masuk ke dalam tubuh. Ketika itu sel darah putih pada sistem kekebalan secara terus menerus menyerang mikroorganisma tersebut disamping berperanan membersihkan sel penyakit dan sel kanser. Jika ketika bakteria masuk ke dalam tubuh sedangkan sistem kekebalan dalam kondisi yang lemah, sel darah putih akan terpaksa bekerja keras. Diwaktu itu sistem kekebalan tidak akan mampu membersihkan sel-sel kanser secara efektif, maka sel kanser akan dapat berkembang dan menyebar tanpa hambatan.

 Sifat antimikrobial MCFA pada kelapa dipercayaai dapat membantu tubuh untuk menghilangkan bakteria penyebab penyakit, sehingga akan meningkatkan sistem kekebalan. MCFA bertindak sebagai mematikan mikroorganisma penyusup. Semakin sedikit bakteria di dalam tubuh yang menyebabkan gangguan, maka sel darah putih akan lebih bebas mencari dan menghancurkan sel kanser. Dengan cara ini, minyak kelapa dara dapat membantu tubuh agar tahan terhadap bakteria sehingga memudahkan sel darah putih untuk membersihkan racun dan sel kanser. Maka manfaat utama minyak kelapa dara terhadap penyakit kanser adalah meningkatkan fungsi sistem kekebalan sehingga memudahkan sel darah putih berfungsi secara lebih efektif, maka sel kanser tidak akan mempunyai kesempatan untuk merebak.

 Minyak kelapa dara tidak hanya membantu sel darah putih, namun ia juga dapat  berperanan aktif dalam memerangi beberapa bentuk penyakit kanser Dr Robert L Wickremasinghe, ketua bahagian serologi di Medical Reseach Institut di Sri Lanka, melaporkan bahawa minyak kelapa dara memiliki sifat antikarsinigenik. Para penyelidik telah menunjukkan bahawa minyak kelapa menghalang munculnya agen karsinogenik yang menyebabkan tumor kolon atau pun tumor payudara pada binatang yang diuji. Minyak sayur dapat meningkatkan kemungkinan kanser kerana mudah teroksidasi untuk membentuk radikal bebas karsinogenik. MCFA mempunyai pengaruh anti oksidan yang dapat mencegah reaksi radikal bebas dan memberikan perlindungan dari kanser payudara dan kaser colon. Maka langkah yang perlu diambil oleh mereka yang khuatirkan serangan kanser adalah dengan menggantikan minyak yang digunakan saat ini (jika ianya terdiri dari minyak sayur) dengan makanan yang diproses dengan minyak kelapa.

 

PEMBESARAN PROSTAT

 

 Pada umumnya lelaki dewasa mempunyai risiko di serang gangguan prostat semasa hidupnya. Gangguan prostat paling umum adalah benign prostaic hyperplasia (BHP)atau pembesaran prostat. Hampir 50% lelaki berumur antara 40-59 tahun dan sebanyak 90% orang yang berusia antara 70-80 tahun terserang gejala BHP ini. .Penyakit tersebut begitu menyebar sehingga hampir selalu menjadi kesan pasti ketika sesaorang meningkat tua. Adalah diketahui bahawa gaya hidup memainkan peranan penting bagi berlakunya BHP ini, dan ia merupakan masalah utama di negara barat..Lelaki yang tinggal di dunia yang kurang maju di mana makanan setempat diproduksi dan dikonsumsi biasanya tidak diganggu oleh penyakit ini..Namun punca sebenar penyakit BHP ini  belumlah diketahui. Teori paling popular memfokuskan pada male hormone dihydrostestosterone (DHT) sebagai penyebabnya. Dipercayai bahawa ketika kita meningkat tua lebih banyak testerone diubah menjadi DHT yang terkumpul. dalam kelenjar prostat. Hal ini menye